Friday, December 21, 2018

Bisnes Tasneem Naturel

Assalamualaikum.

Sekarang ni, ada macam-macam peluang bisnes secara online kita boleh buat kan? Ye lah, dengan kemajuan teknologi dan e-commerce ni, rugi kalau kita tak ambik peluang buat duit secara online. Harga barang dan kos sara hidup pun makin meningkat. Senang cakap, takder apa yang turun sekarang, melainkan air hujan. Sadis sangat rasanya. Nak berjimat macam mana pun buntu dah. Harga telur ayam pun naik oiii :P

Jadi... jomlah kita cari peluang dan rebut peluang buat duit dengan berbisnes online dan boleh jugak buat secara offline atau kedua-dua sekali. Ikut selesa dan kemampuan kita sebab produk-produk ni memang meletop dan sentiasa ada permintaan selagi adanya bayi dan kanak-kanak!

Rugi kalau tak guna teknologi buat duit, kannnn!


Ni saya nak share la peluang buat bisnes Tasneem Naturel. Jual produk balm bayi dan beberapa produk lain yang HQ keluarkan dari semasa ke semasa. Produk Tasneem Naturel ni berasaskan essential oil. Haa, sekarang ni kat Malaysia trending yer produk-produk essential oil based ni, termasuklah balm, roll on, mandian, mist dan macam-macam lagi. Coming soon 2019, konfem Tasneem Naturel HQ akan keluarkan produk baru yang bakal meletop kat pasaran!

Jadi, kalau nak tau peluang bisnes Tasneem Naturel, korang boleh hubungi saya. Nanti saya share tentang sistem, plan marketing dan macam mana nak buat income besar dan bina empayar bisnes dengan Tasneem Naturel.

Whatsapp tau: 
Amie Salminah | 013 - 816 2070


Thursday, December 20, 2018

Selamat dan Berkesankah Essential Oil

Pasti ramai yang risau dan ragu-ragu tentang penggunaan essential oil (eo) terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak. InsyaAllah, dengan dos yang betul, penyeliaan dan penyediaan yang berkualiti dan baik, dan penggunaan yang betul, essential oil adalah alternatif untuk kita mendapatkan kualiti kesihatan yang lebih baik.

Apa-apa pun, kita kena rujuk pada doktor dan mereka yang pakar dalam hal kesihatan dan essential oil. Ni saya nak share pandangan daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengenai penggunaan essential oil. Boleh rujuk pada gambar di bawah ini:
Nak cuba produk berasaskan essential oil dalam bentuk balm, korang boleh cuba Tasneem Naturel balm. Sapu-sapu ajer. Tak payah susah-susah nak blend ke, nak dillute ke. Sapu jer terus :-)

Nak cuba boleh contact saya yer. 

Wednesday, December 19, 2018

Kelebihan Essential Oil Dalam Setiap Balm Tasneem Naturel

Hari ni saya nak share kelebihan essential oil (EO) dalam setiap balm Tasneem Naturel.
Gambar Hiasan

CF-Rub boleh kurangkan suhu demam. Ada tea tree untuk bantu kuatkan antibodi. Tea Tree merupakan antibiotik terhebat dan dikenali minyak pertolongan cemas.

Sleep Time bantu untuk anak tidur lena. Ada cedarwood utk stabilkan hormon melatonin.
Ginger dalam Tummy Time bantu masalah penghadaman dan memastikan keselesaan pada perut.

Frankinsence dalam CF-Rub dapat membantu memecahkan kahak dalam saluran pernafasan dan paru-paru.

Fennel dalam Tummy Time dapat kurangkan sakit akibat kembung.

Peppermint dalam Tummy Time boleh membuang angin dalam perut.

Lavender bertindak untuk memberi ketenangan, mood yang baik dan meningkatkan daya tumpuan.

8.Geranium dalam Calm Time dapat memberi rasa tenang pada anak-anak. Anak akan rasa selesa, so mood akan jadi baik.

Lemon ada Vitamin C. Ia membantu mencairkan kahak dan memberi keselesaan pada bayi yang deman dan selsema. Kan biasa petua mandikan baby demam dengan lemon kan?

Ylang ylang/ bunga kenanga adalah ubat penenang semulajadi! Ada dalam Sleep Time untuk kasi anak seronok tidur.

Eycalytus atau minyak kayu putih dalam CF-Rub berkesan merawat alahan dan resdung. Ia juga dapat mencairkan kahak. Membantu merawat asma dengan bertindak balas dengan membran mukus dengan mengurangkan pembebasan lendir.


Semoga sharing ini membantu kita membuat pilihan balm Tasneem Naturel yang mana atau SEMUA 5 jenis untuk dijadikan kit kesihatan dan keceriaan untuk anak-anak dan seisi keluarga.

Tuesday, December 18, 2018

"Balm Tasneem Naturel ni bukanlah bagus sangat!"

"Balm Tasneem Naturel ni bukanlah bagus sangat!"

Itulah hakikatnya yang perlu ditelan!
Ini kerana balm Tasneem Naturel ini sebenarnya sangat-sangat bagus!

Mana tak bagusnya, ibu-ibu dan ayah-ayah, balm ini dirumus khas dari minyak pati tumbuhan (essential oil - EO) semulajadi yang menjadikan ianya sangat membantu masalah anak comel ibu-ibu.
5 JENIS BALM TASNEEM NATUREL:

  • CF~Rub ~ membantu menangani masalah anak selsema, mencairkan kahak dan mengurangkan suhu badan.

  • Calm Time balm ~ memberi rasa tenang, menangani tantrum anak.

  • T~Rub ~ menangani masalah perut kembung, sebu, sembelit, cirit-birit.

  • Sleep Time balm ~ memperbaiki pola tidur anak, anak tidur lena dan mendapat kualiti tidur lebih baik.

  • Skeenz balm ~ sesuai untuk masalah kulit sensitif, gatal-gatal, ruam.


Jadi mana satu balm pilihan yang sangat-sangat diperlukan? Mungkin saya boleh bantu korang dengan suggest yang mana sesuai dicuba berdasarkan keadaan anak korang. Jangan segan tau hubungi saya. Takder masalah tanya tapi tak beli pun, saya sedia nak share apa yang saya tau tentang balm Tasneem Naturel ni. 

Monday, December 17, 2018

Fungsi dan Cara Guna Balm Tasneem Naturel

Tasneem Naturel Balm ada 5 jenis. Setiap jenis diadun khusus untuk setiap jenis masalah yang ingin diselesaikan. Fungsinya berlainan kerana setiap essential oil yang digunakan adalah khusus. Cara guna balm juga berbeza di mana ia perlu disapu.

Harini, saya nak share fungsi dan cara guna kelima-lima jenis balm Tasneem Naturel.


CF Rub Tasneem Naturel
  • Bantu kurangkan selsema
  • Bantu cairkan kahak
  • Bantu melegakan athma
  • Bantu kurangkan suhu ketika demam
Cara Guna:
Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada



T-Rub Tasneem Naturel
  • Bertindak seperti minyak perut bayi
  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu
  • Bantu melegakan kembung perut
  • Bantu melegakan sembelit/cirit-birit
Cara Guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki



Calm Time Tasneem Naturel
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang jika sedang tantrum, mengamuk, menangis tanpa henti atau hyperaktif
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan



Sleep Time Tasneem Naturel
  • Bantu anak tidur lena
  • Bantu anak supaya mudah tidur
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberi tidur berkualiti
Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi di belakang telinga dan pergelangan tangan



Skeenz Balm Tasneem Naturel
  • Bantu redakan kulit sensitif, gatal-gatal, ruam dan ekzema
Cara Guna:
Sapu di bahagian berkenaan yang mengalami masalah kulit tersebut.


Jika anda nak tau lebih lanjut, tak perlu segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya bantu dengan berikan penerangan yang jelas. Jumpa lagi dalam entry akan datang :-)

Friday, December 14, 2018

30 Kelebihan Balm Tasneem Naturel

Dalam entry kali ni, saya nak share 30 kelebihan Tasneem Naturel Balm, sehingga ia jadi balm viral di Malaysia dan menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka. 

1. Ada kelulusan KKM
2. Dibuat daripada bahan semulajadi iaitu essential oil
3. Cepat bertindak
4. Bau yang harum
5. Kecil. Jadi ia mudah dibawa kemana-mana
6. Produk Muslim
7. Mendapat serapan terbaik dari essential oil terpilih
8. Anak-anak rasa lebih selesa
9. Tekstur balm yang jimat
10. Tak panas atau berangin, tak pedih.
11. Tak melekit
12. Guna essential oil import, ada MSDS Sheet.
13. Natural, tiada bahan kimia
14. Bebas paraben
15. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur.
16. Membantu selesaikan masalah ibu dan anak
17. Anak terus tidur
18. Tiada masalah sembelit
19. Anak tak mengamuk dah dalam car seat
20. Anak tenang je dalam perjalanan panjang
21. Makan kat luar tenang je. Anak tak banyak ragam
22. Senang bawak anak pegi shopping sebab anak behave
23. Campuran lebih dari 5 jenis essential oil terpilih
24. Harga mampu milik
25. Pelbagai fungsi dan khasiat 
26. Sesuai dari newborn hingga dewasa
27. Tiada bahan kimia, tiada paraben. 
28. Sangat sesuai untuk bayi
29. 200% dari bahan alami semulajadi
30. Ada 4 jenis balm yang sesuai dijadikan Kit Bayi 

 Nak cuba balm Tasneem Naturel? 

Boleh contact saya
Amie Salmiah | 013 - 816 2070

Thursday, December 13, 2018

Tasneem Naturel - Kit Bayi Semulajadi

Tasneem Naturel Balm
Kit Bayi Semulajadi
Sehangat Usapan Ibu

Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. 

Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.

Balm Bayi Tasneem Naturel terdiri daripada 5 jenis iaitu:
Calm Time
Sleep Time
T-Rub
CF-Rub
Skeenz

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Amie Salminah

Wednesday, December 12, 2018

FAQ Tasneem Naturel

Siapa yang boleh guna balm TN?
Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Newborn boleh guna ke?
Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.


Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.


Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.


Balm ini panas tak?
Balm ini tidak panas.


Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


Balm ada expired date?
1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka


Sijil KKM ada tak?
Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K
Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K
Skeenz: NOT 108405139 K


Ibu mengandung boleh guna?
Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
Balm Tasneem Naturel mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.


Sejauh mana berapa lama ketahanan Calm dan Sleep tu berfungsi pada bayi?
Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.


Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?
Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 


Balm ini boleh guna serentak ke?
Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Anak g6pd boleh guna?
Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.


 Anak ekzema boleh guna?
Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 
Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya.
Amie Salminah | 013 - 816 2070

Tuesday, December 11, 2018

Kenali Tasneem Naturel

Balm Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi produk ini telah berada di pasaran 2 tahun usianya. Genap setahun beroperasi iaitu pada November 2017, jualannya telah mencecah melebihi 50k unit balm. Alhamdulillah. Maksudnya apa? Maksudnya wujud permintaan yang tinggi.
Ikut sejarah, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder Tasneem Naturel dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih lebih terjamin dari sudut kebersihan.
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masalah anak suka mengamuk. Kalian pun mesti ada masalah anak yang sama kan? Kita faham, anak mengamuk/tantrum ada banyak faktor, antaranya;
• Tak cukup tidur
• Perut tak selesa
• Hidung tersumbat
• Panas
• Penat
• Letih bermain
dan lain-lain.
Jadi, Tasneem Naturel bantu sediakan solusi dengan menggunakan essential oils sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Basically, penggunaan essential oils inshaAllah dapat bantu menstabilkan hormon anak yang meragam.
Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan solusi ini dalam bentuk 'balm' supaya para ibu mudah sapukan pada anak, mudah dibawa dan juga harga mampu milik. Sebabnya jika guna EO yang asal, kita kena dilute sendiri/DIY sendiri 2-3 jenis EO, baru ia dapat berfungsi dengan baik apabila dititiskan ke dalam diffuser. Itu baru kalau guna diffuser. Bukan balm ya.
Tapi di Tasneem Naturel, kita dah campurkan 6-7 jenis EO dalam satu-satu jenis balm. Banyak kan? Jadi ibu-ibu tak perlu susah-susah buka "lab" sendiri di rumah. Hehee. Plus, ianya lebih menjimatkan. Bayangkan kalau ibu-ibu buat sendiri balm dari EO, berapa kos agaknya nak kena keluarkan untuk beli 6-7 jenis EO?
Pasti pengguna EO labih tahu kan? Inilah permulaannya. Selepas itu baru dikeluarkan 3 lagi jenis balm yang berbeza fungsinya tetapi ia adalah masalah tipikal anak-anak kecil. Maksudnya balm ini bukan lagi satu kehendak, tetapi ia sudah menjadi keperluan ibu-ibu di luar sana.
Inilah packaging baru balm Tasneem Naturel hasil kolaborasi dengan Omar Hana. Semoga Tasneem Naturel terus maju dan mengeluarkan produk-produk untuk bayi dan seisi keluarga yang berasaskan bahan natural dan selamat untuk kita gunakan.

Jika korang nak beli produk Tasneem Naturel, boleh la contact saya:

Amie Salminah: 013 - 816 2070



Sunday, December 9, 2018

About Me

Assalamualaikum. Salam perkenalan buat semua.

Nama saya Amie. Selamat datang ke blog saya: Amie Salminah. 

Semoga blog ini dapat saya gunakan untuk bercerita, berkongsi perkara yang bermanfaat dan juga sebagai medium untuk saya berbisnes dan berkongsi tentang produk yang saya jual. Peluang berbisnes pun ada tau. 

Sudilah visit dan follow blog saya ni, agar saya lebih bersemangat lagi nak berblogging. Oh yer, sudilah juga tinggalkan jejak korang kat ruangan komen, nanti saya follow korang semula tau. 

Untuk itu, sekian dulu entry pertama ni. Nanti kita jumpa lagi dalam entry akan datang.

Love
Amie Salminah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...